Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Posts Tagged ‘Aizat

[22.02.2010] Berjaya tarik minat orang muda ke IB

leave a comment »

HANYA senyuman tanda puas meleret di bibir setiap penonton yang hadir ke Konsert Satu Suara di Istana Budaya hujung minggu lalu yang menggabungkan tiga penyanyi popular negara. Gabungan Faizal Tahir, Aizat dan penampilan istimewa Datuk Siti Nurhaliza benar-benar meninggalkan kesan buat peminat tiga penyanyi itu.

GANDINGAN tiga vokal Aizat, Siti dan Faizal buat pertama kali yang memukau ramai.

Meskipun tiada gimik yang ditampilkan, penampilan mereka bertiga sudah cukup kuat untuk membuatkan konsert anjuran Siti Nurhaliza Production (SNP) itu cukup sukses. Siti Nurhaliza yang bertindak sebagai penerbit konsert tersebut menjelaskan selama tiga hari konsert berlangsung, SNP telah mencapai matlamatnya untuk meremajakan Istana Budaya yang sinonim dengan persembahan kelas satu itu.

“Saya rasa dari segi matlamat untuk menarik minat orang muda ke IB telah berjaya dan apa yang saya lihat penonton semuanya sangat sporting dan memberi kerjasama yang sangat baik,” ujarnya. Menariknya pada konsert yang diiringi oleh pemuzik Orkestra Simfoni Kebangsaan itu semua lagu Siti diubah kepada susunan muzik rock, malah Siti sendiri berduet bersama Faizal dan Aizat menerusi lagu Sejati, medley Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi, Relaku Pujuk, Ibukota Cinta, Kau Kekasihku selain lagu solo Biarlah Rahsia.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Februari 22, 2010 at 9:34 am

Dikirim dalam Berita, Muzik

Tagged with , ,

[21.02.2010] KSS beri kepuasan

leave a comment »

Saya nak Konsert Satu Suara DVD!

JANGGAL rasanya Dewan Panggung Sari Istana Budaya (IB) yang selama ini mengangkat karya teater dan himpunan persembahan berwajah kesenian tiba-tiba bertukar atmosfera kepada gedung dentuman muzik rock. Bukan pelik pada aspek konsepnya saja, sebaliknya Konsert Satu Suara (KSS) anjuran Siti Nurhaliza Productions (SNP) turut menampilkan sisi remaja lokasi berprestij itu.

Bukan sekadar itu, konsert berkonsep Rockestra yang berlangsung daripada 12 hingga 14 Februari lepas semakin ‘panas’ dengan kehadiran penyanyi nombor satu negara yang juga penerbit konsert, Datuk Siti Nurhaliza. Usah lagi disangkal kehebatan vokal mereka. Tidak terus mengangkat tanpa sebab sebaliknya Kekuatan lontaran suara ketiga-tiga penghibur popular itu jelas mengukir senyuman kepada setiap penonton sebaik melangkah keluar.

Lagu Saya Anak Malaysia membuka tirai disampaikan Faizal dan Aizat cukup menggamit perhatian. Nyata, gabungan vokal mereka serasi dan kemas. Pentas persembahan dibahagi kepada tiga segmen yang mana penghormatan diberi kepada penyanyi muda yang baru saja dinobatkan sebagai juara di Anugerah Juara Lagu bulan lalu, Aizat dengan menyampaikan kesemua koleksi lagu popularnya termasuklah Aku dan Kamu, Fikirlah, Lagu Kita dan Pergi.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Februari 21, 2010 at 3:42 pm

Dikirim dalam Artikel, Muzik

Tagged with , ,

[18.02.2010] Tiga nama satu suara

with one comment

Ulasan ni neutral. Tapi tiada gambar versi online. Sedih.

KONSERT Satu Suara yang menggabungkan tiga nama cukup popular masa kini, Aizat, Faizal Tahir dan Datuk Siti Nurhaliza yang berlangsung selama tiga hari di Panggung Sari, Istana Budaya, baru-baru ini berjaya mengumpulkan pelbagai kategori peminat untuk menikmati kehebatan persembahan dan gandingan suara mereka.

Berjuang di landasan sama atas dasar minat dan bakat, beza usia dan barangkali Aizat yang baru setahun jagung menimba pengalaman sebagai anak seni tidak menjadi halangan kepada mereka untuk bergandingan di pentas gah itu.

Julung kali konsert itu diadakan, ia ternyata berjaya membuka mata ramai dan melihatkan kehadiran penonton pada malam itu, yang hadir bukan calang-calang usia dan status. Bukan saja remaja, namun mereka yang sudah merangkak usia termasuk golongan VIP. Konsert pembukaan malam gala itu turut dihadiri Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob dan isteri serta mantan Perdana Menteri ,Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Tun Dr Sit Hasmah Mohd Ali.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Februari 18, 2010 at 3:47 pm

Dikirim dalam Artikel

Tagged with , ,

[18.02.2010] Celoteh Faizal meleret-leret

leave a comment »

Rasanya wartawan ni pergi hari pertama je kot. Yang lebih-lebih ni mesti dia baca di forum peminat. Artikel panjang tapi gambar satu dan kecik je versi online. Banyak betul komen pasal FT ni.

SEGALA-GALANYA nampak sempurna pada malam Konsert Satu Suara di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur tempoh hari. Paduan vokal yang mantap antara dua bintang muda iaitu Aizat dan Faizal Tahir serta kehadiran penyanyi terbaik yang pernah dilahirkan oleh industri hiburan, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin cukup untuk menjelaskannya.

Aizat dan Faizal memperlihatkan sisi baru dalam diri penghibur muda berjiwa besar seperti mereka. Persembahan Satu Suara terbitan Siti Nurhaliza Productions (SNP) turut disokong oleh iringan muzik yang hebat.

Ia juga berlangsung di pentas prestij bertaraf dunia. Sayang sekali ada kecacatan yang benar-benar merimaskan audiens pada malam konsert itu berlangsung. Ia berpunca daripada Faizal Tahir!

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Februari 18, 2010 at 12:19 pm

Dikirim dalam Artikel

Tagged with , ,

[17.02.2010] Satu suara yang ‘gempak’!

leave a comment »

Gandingan vokal Siti, faizal dan Aizat di pentas IB tidak menghampakan

TIADA apa yang perlu dipertikaikan lagi. Segala persoalan mengapa Datuk Siti Nurhaliza menganjurkan konsert Satu Suara yang menampilkan Aizat dan Faizal Tahir akhirnya terjawab apabila dua penyanyi itu membuktikan bahawa mereka memang layak untuk menggalas tanggungjawab itu.

SITI diapit Aizat (kiri) dan Faizal menghasilkan gandingan padu.

Mungkin sebelum ini ada yang bersikap skeptikal mengatakan apakah Faizal dan Aizat bersedia untuk menakluki tempat yang bukan calang-calang itu, sedangkan usia mereka dalam bidang seni tidaklah lama mana jika dibandingkan dengan ramai penyanyi senior lain.

Bagaimanapun, dalam nada tenang, Siti berkata dia percaya dan yakin kedua-dua penyanyi ini mampu menghiburkan pengunjung Istana Budaya (IB) dengan gaya dan persembahan mereka tersendiri.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Februari 17, 2010 at 6:50 pm

Dikirim dalam Berita

Tagged with , ,

Dominasi Faizal – Aizat Mengagumkan

leave a comment »

KUALA LUMPUR, 15 FEBRUARI 2010: Peluang keemasan yang diberikan Dato` Siti Nurhaliza kepada 2 bintang muda, Aizat dan Faizal Tahir menerusi konsert Satu Suara di Istana Budaya yang berakhir malam semalam, jelas membuahkan satu natijah di luar jangkaan.

Bukan sekadar pada sambutan daripada peminat 2 bintang berkenaan, malah kewibawaan mereka memberikan persembahan hebat dan bertenaga untuk 3 malam berturut-turut, nyata cukup membanggakan ramai pihak terutama penerbit konsert itu, Siti Nurhaliza Productions (M) sdn Bhd (SNP).

Dominasi Aizat dan Faizal yang turut mendapat sokongan padu daripada kelab peminat masing-masing, Aizoners dan Rockersteiners, telah mencatat sejarah tersendiri meskipun ini adalah pertama kali mereka digabungkan bersama.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Februari 16, 2010 at 6:39 pm

Dikirim dalam Berita

Tagged with , ,

Semoga Adrenalin diterima peminat muzik

with 2 comments

Wah, tajuk ‘Adrenalin’. Mantap sungguh!

ASSALAMUALAIKUM. Diharapkan pembaca B*Pop berada dalam keadaan sihat sejahtera. Konsert Satu Suara, bertempat di Istana Budaya kini sedang berlangsung. Konsert ini menyaksikan Datuk Siti Nurhaliza, Aizat dan saya sendiri membuat persembahan selama tiga malam berturut-turut mulai 12 Februari lalu.

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Siti Nurhaliza Production (SNP), khususnya Datuk Siti dan pengurusnya, Rozi, serta pihak Istana Budaya kerana sudi memberi peluang kepada saya membuat persembahan bersama dua penyanyi ini dalam Konsert Satu Suara.

Bagaikan mimpi menjadi realiti, memang saya sendiri tidak pernah menduga berpeluang mengadakan konsert sebesar ini bagi tempoh tiga tahun berada dalam persada seni muzik tanah air. Lebih-lebih lagi apabila kita semua sedia maklum memang sukar mendapat sokongan dan penaja bagi menjayakan konsert di Malaysia ketika ini.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Februari 15, 2010 at 8:09 pm

Dikirim dalam Artikel

Tagged with , ,