Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Posts Tagged ‘Danny Ahn

Danny Ahn dalam Dream Team Ep. 16

with one comment

Saya terlepas menonton episod ini tapi tengok lah ahli baru kumpulan ini. Semuanya muda belia belaka melainkan Danny.

Para peserta untuk kali ini ialah Danny Ahn, Minho (SHINee), Eun Hyuk (Super Junior), Ryu Sang Wook (pelakon) dan Lee Joon (MBLAQ).

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

April 7, 2010 at 9:23 am

Dikirim dalam Gambar

Tagged with , , , ,

Danny Ahn dalam majalah

leave a comment »

Danny tengah buat apa tu. Mampu ke dia buat kerja-kerja kasar ni. Dah ler dia ni kurus. Tapi jangan bimbang. Ini hanyalah sesi bergambar untuk majalah sahaja.

Macam tak kena ke gambar di atas sebab Danny memakai suit siap dengan kasut berkilat. Memang nak kena gelak. Tak pun ini mungkin konsep gambar. Boleh diterima.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Mac 24, 2010 at 9:53 am

Dikirim dalam Gambar

Tagged with

Danny Ahn dalam Dream Team Ep. 15

leave a comment »

Gambar-gambar dari Dream Team episod 15. Kali ini mereka berada di luar studio. Memang lah selama ni buat di luar tapi kali ini di ski resort. Lawan mereka pula ialah barisan pengacara dan pembaca berita dari stesen TV KBS.

Para peserta Dream Team untuk kali ini terdiri daripada Danny Ahn, Minho (SHINee), Kim Jin, Choi Phillip (pelakon), Lee Hongki (F.T. Island) dan Sangchu (Mighty Mouth)

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Mac 22, 2010 at 9:08 am

Danny Ahn belanja staf ‘Dream Team’

leave a comment »

Sedihnya bila saya mendapat tahu tentang berita ini. Danny Ahn tidak lagi akan menjadi kapten untuk pasukan Dream Team. Kacaknya dia dalam gambar ini. Nampak dewasa.

Danny Ahn telah mengeluarkan wang untuk meraikan 140 staf produksi dan ahli pasukan yang terlibat dalam rancangan realiti “Dream Team”. Dia melakukan perkara tersebut semasa hari terakhir sesi penggambaran, dia ingin meraikan dengan memberi hidangan istimewa kepada semua yang terlibat sebagai penghargaan.

Saya tak tau episod terakhir dia dalam Dream Team. Sedihnya. Sebab dia lah saya menonton rancangan ini di KBS World.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Mac 17, 2010 at 3:12 pm

Dikirim dalam Berita, Uncategorized

Tagged with

Danny Ahn dalam Dream Team Ep. 14

leave a comment »

Sudah masuk episod 14. Macam-macam yang telah mereka tempuhi. Episod ini saya tak tengok pula dan hanya jumpa satu je gambar Danny. Gambar ini sebenarnya dari laman web rasmi Dream Team. Kecil je. Kalau dari kamera peminat, saya tak jumpa. Memang ada tapi malas nak cari.

Ahli kumpulan untuk minggu ini seperti biasa kita ada Kapten Danny Ahn dan Min Ho (SHINee). Ahli-ahli baru seperti Won Ki Jun (pelakon), Han Min Kwan (pelawak) dan Sangchu (Mighty Mouth).

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Mac 14, 2010 at 9:27 am

Danny Ahn dalam Dream Team Ep. 13

leave a comment »

Ini dari episod terakhir Dream Team di Kanada yang dirakamkan pada tahun lepas. Saya baru jumpa gambar ni.

Mereka beradu tenaga untuk permainan terakhir menentang kumpulan dari Kanada. Permainan yang mereka main memang bertenaga. Kira semua tak nak kalah.

Ahli pasukan masih lagi Danny Ahn, Go Ju Won, Kim Seong Soo, Lee Sang In, Min Ho (SHINee), RUN dan Song Joong Ki.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Mac 6, 2010 at 9:04 am

Danny Ahn dalam Dream Team Ep. 12

leave a comment »

Inilah episod terakhir untuk siri khas Dream Team di Kanada. Mereka menghabiskan masa hampir dua minggu di sana untuk sesi penggambaran Dream Team untuk tiga episod khas. Tapi kesian sebab mereka tidak dapat berjumpa dengan atlet Korea yang akan bertanding untuk Olimpik musim sejuk.

Walaupun ada cahaya matahari tapi nampak masih sejuk lagi sebab mereka semua memakai jaket tebal.

Mereka yang terlibat ialah Danny Ahn, SHINee, Song Joong Ki, Min Ho, Lee Sang In, RUN, Kim Seong Soo dan Go Ju Won.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Februari 22, 2010 at 9:20 pm