Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Posts Tagged ‘Davichi

Carta K-Pop untuk Februari minggu ketiga 2010

leave a comment »

Minggu ini ada beberapa lagu baru memasuki carta. Kali ni mari kita lihat video muzik Korea. Kalau ada video yang tidak dapat dilihat sila tinggalkan komen. Nanti saya akan gantikan dengan yang lain.

Penyanyi di atas ialah Kim Jong Kook. Penyanyi pop balada yang terkenal. Baru sahaja mengeluarkan album terbaru. Dia tinggi, segak, tampan dan lain-lain. Suaranya seperti nyamuk. Kalau ikutkan terjemah Inggeris ialah mosquito voice, tak padan dengan susuk tubuhnya. Tapi dia mempunyai banyak lagu popular dan sedap.

Baca baki entri ini »

Advertisements

Written by Langit Biru

Februari 24, 2010 at 9:00 pm

Carta K-Pop untuk Februari minggu kedua 2010

leave a comment »

Minggu ini tidak kedudukan carta tidak banyak berubah tetapi terdapat beberapa lagu baru yang memasuki carta.

Kita akan lihat persembahan pula pada kali ini. Para penyanyi sekurang-kurangnya akan muncuk sekali di program muzik mingguan untuk membuat persembahan.

Inilah kumpulan balada 2AM. Mereka berempat yang terdiri daripada Seulong, Chang Min, Jo Kwon dan Jin Woon. Mereka ialah pelapis baru untuk penyanyi lelaki balada di Korea. Semuanya boleh menyanyi dengan baik. Mereka menjalani proses latihan dari 4 bulan hingga 8 tahun untuk menjadi penyanyi. Lagu terbaru mereka memang bagus dan menyerlahkan vokal mereka. Saya suka Chang Min.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Februari 17, 2010 at 9:12 pm

Carta K-Pop untuk Februari minggu pertama 2010

leave a comment »

Minggu ini tak banyak perubahan dalam carta tapi apa kata kita lihat video muzik dan mana satu pilihan anda.

Ini ialah band CN BLUE. Mereka terdiri daripada empat orang. Lagu ‘Loner’ tidak kurang menarik tapi saya tak dengar sangat. Mungkin belum masanya lagi. Mereka baru sahaja mengeluarkan album dan telah berada di carta lagu.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Februari 10, 2010 at 9:29 am

Carta K-Pop untuk minggu kelima 2010

leave a comment »

Dah masuk bulan Februari pun. Carta kali ini tidak banyak berubah tetapi mempunyai juara baru. Kali ini carta dikuasai oleh penyanyi perempuan samada solo atau berkumpulan.


Inilah Hyu Ah, penyanyi dari kumpulan 4minute. Dia mempunyai lagu solo yang baru. Dia juga salah seorang ahli dalam rancangan ‘Invincible Youth‘, nampak berbeza kan. Lagu solo dia rancak dan tarian yang menarik.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Februari 3, 2010 at 3:14 pm

Carta K-Pop untuk minggu keempat 2010

leave a comment »

Cepat masa berlalu. Ada lagu baru yang kini hangat. Saya suka.

Kumpulan After School kembali dengan single terbaru mereka. Kali ini mereka mempunyai dua ahli baru dan menjadikan mereka kepada tujuh orang. Lagu ‘Because of You’ ni mula-mula dengar macam tidak menarik tapi dah banyak kali dengar memang ok.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Januari 27, 2010 at 9:50 am

Carta K-Pop untuk minggu ketiga Julai 2009

leave a comment »

Minggu baru, kedudukan carta pun baru. Ada juga lagu baru di dalam carta dan juara masih lagi kekal milik Outsider. Gaya rapping dia memang hebat betul. Memang betul bukan dia menipu.

Ini 2PM. Saya suka kumpulan ini. Tarian akrobatik mereka memang bertenaga. Kalau lah mereka boleh datang ke Malaysia untuk buat persembahan. Sayalah orang pertama yang akan tiba di KLIA.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Julai 20, 2009 at 11:09 pm

Carta K-Pop untuk minggu kedua Julai

leave a comment »

Selain menonton video muzik para penyanyi Korea, saya juga suka melihat persembahan mereka di rancangan muzik. Secara purata mereka akan membuat tiga persembahan di stesen TV tempatan, kerana terdapat tiga stesen TV yang mempunyai rancangan muzik. Ini tidak termasuk di stesen kabel atau rangkaian yang lain.

Persembahan mingguan di television berbeza untuk setiap stesen TV, walaupun mereka menyanyikan lagu yang sama. Perbezaan dapat dilihat dari segi hiasan pentas, pakaian dan lain-lain lagi.

Inilah Outsider, juara carta untuk minggu ini. Siapa kata, penyanyi rapper mesti berpakaian sukan atau besar sahaja. Tengoklah dia yang segak dan bergaya.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Julai 14, 2009 at 9:02 am