Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Posts Tagged ‘Fahrin Ahmad

Matahari: Episod 44 Akhir

with 2 comments

Tamat sudah drama bersiri Matahari. Saya tak tengok semua episod. Ada juga yang tertinggal tetapi saya masih dapat memahami jalan cerita drama ini. Saya hampir tak tertengok episod ini sebab penat sangat dan mengantuk. Tapi saya cuba juga tahan mata nak tengok sebab nak tahu kesudahan drama ini. Adakah Ariana akan hidup bahagia atau sebaliknya.

Bila saya lihat kembali senarai pelakon ada nama Syukery Hashim. Saya tak ingat dia muncul dalam adegan yang mana satu. Adakah di awal drama?

Entri saya yang pertama mengenai drama ini mendapat hits yang paling tinggi untuk blog ini. Tapi lagi elok jika ada yang baca entri lain dan juga tinggalkan komen. Mula-mula tu hairan juga kenapa banyak kata kunci mencari blog ini ialah episod akhir matahari dalam minggu lepas. Eh, pelik jugakan. Rupanya hari Khamis lepas memang episod akhir. Sebelum tu saya terlepas tengok. Tertidur elok jer lepas pukul 6.

Baca baki entri ini »

28.05.09 Matahari

leave a comment »

Telah lama saya tidak membuat ulasan untuk drama ini. Saya memang mengikuti drama ini walaupun terlepas beberapa episod. Tak larat lah pula kalau nak buat ulasan setiap hari. Lagi pun drama ini boleh ditonton di laman web TV3.

Macam-macam telah berlaku kepada Arianna. Sudah banyak kejayaan dan musibah yan menimpa dirinya tetapi dia tetap tabah mengharungi hidup. Kasihan juga pada dia sebabnya dia ni bukan lah jahat pun cuma berada di waktu, tempat dan keadaan yang salah.

Baca baki entri ini »

28.04.09 Selamba, meriah dan menghiburkan

leave a comment »

Oleh Farihad Shalla Mahmud
farihad@bharian.com.my

Kemunculan sekumpulan lelaki terpilih dalam pelbagai cabang dunia hiburan memeriahkan acara Minggu Setiausaha

DEWAN Grand Ballroom Hotel Istana dihias indah dengan bunga-bungaan segar menandakan ada acara istimewa sedang berlangsung. Di luar dewan kelihatan sekumpulan jejaka yang kelihatan segak menyarung tuksedo sambil kerlipan cahaya lensa tidak henti-henti menyimbah wajah mereka.

Image Hosted by ImageShack.us

Senyuman tidak henti-henti menghiasi wajah mereka. Ada yang dikenali dan ada juga pertama kali dilihat. Namun satu perkara yang dikongsi lelaki-lelaki ini adalah mereka yang berjaya mencipta nama dan populariti menerusi bakat yang dimiliki.
Baca baki entri ini »

Red Ribbon Celebrity Support Programme 2009/2010

leave a comment »

Sidang akhbar Red Ribbon Celebrity Support Programme 2009/2010 di hotel JW Marriot, Kuala Lumpur pada 21 April 2009.

Image Hosted by ImageShack.us

Selebriti yang terlibat ialah Dato’ Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Umie Aida, Fahrin Ahmad, Ayu (OIAM), Zainal Alam Kadir (personaliti Astro), Shah Shamshiri (online & interactive media, Media Prima), Fish Leong (penyanyi), Owen Yap (personaliti 8TV), Aanantha (DJ THR Ragaa), Uthayaa (DJ THR Ragaa & hos Astro).

Yang tak hadir ialah Dato’ Siti Nurhaliza, Ayu dan Fish Leong. Ini berdasarkan apa yang saya nampak kat gambar la. Tapi Fish Leong ni bukan sekarang beroperasi di Taiwan ke.

Baca baki entri ini »

Minggu Setiausaha anjuran Hotel Istana dan Lord’s Tailor

leave a comment »

KEMAS KINI: Gambar baru!

12 April 2009: ABPBH08 Lord’s Tailor Hi-Tea
Image Hosted by ImageShack.us Image Hosted by ImageShack.us
Fahrin Ahmad, Ashraf Muslim

Baca baki entri ini »

22.04.09 12 Selebriti Ubah Stigma Aids/HIV

leave a comment »

Faizal Tahir pandang apa tu. Wah, ada Fahrin dan Owen juga. Lama tak dengar Owen.

22.04.09
Oleh Li Ee Kee

Tengah hari semalam, bertempat di hotel JW Marriott, Kuala Lumpur, telah dilancarkan ‘Red Ribbon Celebrity Support Programme 2009/2010’. Dua belas selebriti telah menawarkan diri secara sukarela bagi membantu Malaysian Aids Council (MAC) dan Malaysian Aids Foundation (MAF) untuk memberi pendidikan tentang HIV/Aids serta kesedaran mengenai stigma dan diskriminasi yang dihadapi penghidap Aids dan HIV.

Mereka adalah Dato’ Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Umie Aida, Fahrin Ahmad, Ayu (OIAM), Zainal Alam Kadir (personaliti Astro), Shah Shamshiri (online & interactive media, Media Prima), Fish Leong (penyanyi), Owen Yap (personaliti 8TV), Aanantha (DJ THR Ragaa), Uthayaa (DJ THR Ragaa & hos Astro). Ini adalah kali pertama satu usaha sebegini telah dianjurkan MAC dan MAF. Antara tanggungjawab para selebriti ini adalah membuat penampilan khas di acara-acara anjuran MAF/MAC, kunjungan ke rumah-rumah perlindungan dan menjadi jurucakap media untuk MAC dan MAF.

‘Red Ribbon Celebrity Support Programme 2009/2010’ adalah satu usahama dengan YTL Group of Hotels, Media Prima Berhad, Astro dan Mami’s Tart.


Baca baki entri ini »

[TV3] 16.04.09 Matahari

leave a comment »

16.04.2009 Khamis

Rahsia telah terbongkar. Memang tak sangka betul lah. Pertama kali di TV Malaysia. Takpun ini pertama kali saya perasan. Seperti biasa, saya akan buat ulasan selari hanya untuk adegan pasangan kegemaran saya di dalam drama ini buat masa ini. Mana tau episod akan datang akan ada lagi pasangan yang menarik minat saya.

Image Hosted by ImageShack.us Baca baki entri ini »