Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Posts Tagged ‘Fizo Omar

AirAsia Berhad Taja Raihan Ke London

leave a comment »

25-Aug-2009 | Oleh: Haswari Ali
murai.com.my

KUALA LUMPUR, 25 OGOS 2009: Keputusan syarikat penerbangan tambah murah ternama AirAsia Berhad menaja kos pembiayaan Raihan untuk mengadakan konsert di London penghujung September depan, berjaya menutup segala gosip bahawa kumpulan itu akan dibubarkan.

Image Hosted by ImageShack.us

Pengumuman tajaan itu dibuat sendiri oleh pihak AirAsia ketika Majlis Berbuka Puasa Bersama Warga Emas & Media di Hotel Le Meridien, di sini semalam.

Salah seorang anggota Raihan, Abu Bakar Mat Yatim, berkata pihaknya amat berbesar hati dengan tajaan pihak AirAsia itu sebagai menunjukkan sokongan yang tidak berbelah kepada kumpulan muzik nasyid tempatan seperti mereka.

Baca baki entri ini »

Advertisements

Written by Langit Biru

Ogos 26, 2009 at 9:26 pm

Bio-Nik: Episod 6

with 2 comments

Makin lama makin lambat pula, saya nak letak entri baru mengenai drama ini. Sibuk sikit kebelakangan ini. Minggu lepas memang banyak aksi juga dipertontonkan. Banyak perkara yang tidak disangka berlaku. Saya ingat Johan ni insaf dan menjadi baik, rupanya sebaliknya pula dan seterusnya. Saya malas nak tengok balik di laman web TV3, kalau ada sebarang kekeliruan maaf dipinta.

Baca baki entri ini »

Bio-Nik: Episod 5

with one comment

Episod kali ni penuh dengan aksi tapi mungkin tidak dan juga ada adegan romantik antara pelakon. Siap ada teori yang berbeza sekali. Lepas tu, saya baca di suratkhabar yang drama ini telah mencapai 3.3 juta penonton untuk 3 episod yang pertama. Tahniah diucapkan.

Minggu ni, masih berkisar di kolej. Nik dan Johan sungguh mantap sekali. Ada adegan yang menarik sekali. Apakah itu? Masa tengok drama ni memang gelak aje.

Baca baki entri ini »

Matahari: Episod 44 Akhir

with 2 comments

Tamat sudah drama bersiri Matahari. Saya tak tengok semua episod. Ada juga yang tertinggal tetapi saya masih dapat memahami jalan cerita drama ini. Saya hampir tak tertengok episod ini sebab penat sangat dan mengantuk. Tapi saya cuba juga tahan mata nak tengok sebab nak tahu kesudahan drama ini. Adakah Ariana akan hidup bahagia atau sebaliknya.

Bila saya lihat kembali senarai pelakon ada nama Syukery Hashim. Saya tak ingat dia muncul dalam adegan yang mana satu. Adakah di awal drama?

Entri saya yang pertama mengenai drama ini mendapat hits yang paling tinggi untuk blog ini. Tapi lagi elok jika ada yang baca entri lain dan juga tinggalkan komen. Mula-mula tu hairan juga kenapa banyak kata kunci mencari blog ini ialah episod akhir matahari dalam minggu lepas. Eh, pelik jugakan. Rupanya hari Khamis lepas memang episod akhir. Sebelum tu saya terlepas tengok. Tertidur elok jer lepas pukul 6.

Baca baki entri ini »

Bio-Nik: Episod 4

leave a comment »

Saya nak tulis mengenai episod yang telah lalu. Tapi asyik terlupa. Saya tengok drama ni tapi asyik tak sempat nak buat review je. Kiranya  ini untuk dua episod sekali lah ni.

Saya nak tau kedudukan drama ini pada setiap waktu disiarkan. Tapi kalau ikut yang selalunya. Kedudukan rancangan akan diumumkan dua kali setahun. Takkan lah tak boleh nak umumkan secara harian kot.  Mungkin saya sudah terbiasa dengan hiburan Korea yang mengumumkan kedudukan rancangan pada setiap hari.

Ini ialah trailer drama ini.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Jun 12, 2009 at 2:03 am

28.05.09 Matahari

leave a comment »

Telah lama saya tidak membuat ulasan untuk drama ini. Saya memang mengikuti drama ini walaupun terlepas beberapa episod. Tak larat lah pula kalau nak buat ulasan setiap hari. Lagi pun drama ini boleh ditonton di laman web TV3.

Macam-macam telah berlaku kepada Arianna. Sudah banyak kejayaan dan musibah yan menimpa dirinya tetapi dia tetap tabah mengharungi hidup. Kasihan juga pada dia sebabnya dia ni bukan lah jahat pun cuma berada di waktu, tempat dan keadaan yang salah.

Baca baki entri ini »

Bio-Nik Epi. 2

with one comment

Drama ini memang menarik. Minggu ini saya dapat menonton dari mula. Minggu lepas saya terlupa dan hanya sempat tengok 10 minit terakhir. Minggu ni saya dah tempah awal TV. Nasib baik satu rancangan realiti TV sudah berakhir.

Apa yang buat saya teruja ialah drama ini menggunakan sains dan teknologi sebagai latar belakang. Mungkin tak setanding dengan drama lain tapi ini baru permulaan.


Baca baki entri ini »