Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Posts Tagged ‘FT Island

Danny Ahn dalam Dream Team Ep. 15

leave a comment »

Gambar-gambar dari Dream Team episod 15. Kali ini mereka berada di luar studio. Memang lah selama ni buat di luar tapi kali ini di ski resort. Lawan mereka pula ialah barisan pengacara dan pembaca berita dari stesen TV KBS.

Para peserta Dream Team untuk kali ini terdiri daripada Danny Ahn, Minho (SHINee), Kim Jin, Choi Phillip (pelakon), Lee Hongki (F.T. Island) dan Sangchu (Mighty Mouth)

Baca baki entri ini »

Advertisements

Written by Langit Biru

Mac 22, 2010 at 9:08 am

Juara Lagu K-Pop 2009

leave a comment »

Ini ialah senarai lagu Korea yang popular pada tahun 2009. Memang popular dan semua orang di Korea mengetahui tentang lagu-lagu ini.

Lagu-lagu ini menjuarai carta jualan dan undian. Juga popular di carta digital dan juga membuat persembahan. Kalau di Korea, kedudukan carta mereka merangkumi jumlah jualan CD, persembahan di TV dan juga jualan secara digital dan juga undian peminat samada SMS atau internet.

Mari kita lihat senarai lagu tersebut serta persembahan yang telah dilakukan pada malam tahun baru. Persembahan mereka memang istimewa. Untuk juara lagu ini ialah Kim Tae Woo. Saya tak pilih kasih tapi nak buat macam mana kan.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Januari 3, 2010 at 3:37 pm

Carta K-Pop untuk minggu ketiga September 2009

leave a comment »

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua. Di 8TV semasa Hari Raya kedua ada disiarkan anugerah muzik Korea MKMF 2007. Punyalah lama baru nak tayang di Malaysia. Tapi elok lah ada dari tiada kan.

Semua persembahan direkodkan dari TV. Ya, di Korea memang menggunakan HDTV. Oleh sebab itu kita dapat melihat kualiti gambar yang amat bagus. Tapi sebab itulah terpaksa komputer mempunyai kapasiti yang bagus untuk menampung spesifikasi yang diperlukan. Sebab tu tengok kat Youtube pun dah puas.


Juara carta yang baru untuk minggu ini ialah G-Dragon. Saya tak lah minat sangat tapi dia terkenal kerana kontroversi baik dari berpakaian dan juga plagiat. Tapi tidak dinafikan yang dia memang berbakat cuma pujian atau perhatian yang diberikan oleh peminat kadang-kala melampau.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

September 23, 2009 at 9:09 pm

Carta K-Pop untuk minggu kedua September 2009

leave a comment »

Setiap kali penyanyi keluarkan lagu baru mesti ada video muzik sekali. Kira macam pakej lah. Selalunya video muzik ini akan disiarkan beberapa hari lebih awal sebelum album dijual. Mereka sanggup berhabis lah untuk membuat video muzik terbaik untuk menarik minat. Antara lain membuat penggambaran di luar negara atau menampilkan pelakon Korea yang terkenal.

Tapi dalam carta kali ini hampir semua video muzik mempunyai jalan cerita yang sama. Penyanyi menyanyi dan turut berada di dalam video muzik.

Image Hosted by ImageShack.us

Ini ialah Baek Ji Young yang kini popular dengan lagu My Ear Candy. Sukanya kat lagu tu sebab menampilkan Taekyeon dari 2PM. :) Lagu ini rancak dan berada di dalam carta minggu ini. Gambar ini untuk promosi mini album terbaru dia.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

September 15, 2009 at 11:42 pm

Carta K-Pop untuk minggu pertama September 2009

leave a comment »

Selamat bulan September. Minggu ini tiga tempat teratas diungguli dengan kumpulan perempuan. Bila lah nak ada juara penyanyi lelaki pula ni.

Image Hosted by ImageShack.us

Kumpulan yang comel ini ialah T-Ara. Terdiri daripada enam orang ahli dan berumur di antara 19-23 tahun. Vokal mereka boleh tahan juga. Kumpulan baru ini tetapi lagu mereka telah berada di dalam carta.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

September 9, 2009 at 6:54 pm

KBS Music Bank pada 28 Ogos 2009

with one comment

Malas betul KBS Music Bank ni nak letak gambar baru untuk setiap persembahan. Tidak banyak gambar baru yang dikongsi. Memang pilih kasih betul. Sudahlah ada 15 penyanyi yang membuat persembahan tapi hanya sedikit sahaja yang ada.

Image Hosted by ImageShack.us

Dari kiri ke kanan: Song Seung Hyun, Lee Hong Ki, Choi Jong Hoon, Choi Min Hwan dan Lee Jae Jin

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

September 5, 2009 at 9:03 am

Carta K-Pop untuk minggu kelima Ogos 2009

leave a comment »

Minggu terakhir untuk bulan Ogos. Kumpulan perempuan masih unggul di dalam carta. Bila lah penyanyi lelaki akan menguasai pula. Tak sabar nak tunggu minggu depan. Tapi takpe, mari kita lihat video muzik pada minggu ini.


Minggu ini saya menampilkan kumpulan KARA. Dengan imej dan lagu yang ceria mereka telah mendapat tempat di hati peminat. Saya suka dengan kumpulan ini sebab lagu mereka rancak dan sesuai untuk didengari.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

September 2, 2009 at 9:04 pm