Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Posts Tagged ‘K-Pop

Carta K-Pop untuk minggu ketiga 2010

leave a comment »

Minggu ini carta tidak banyak berubah. Empat lagu teratas masih lagi di kedudukan yang sama.


Ini Younha, gadis kecil yang berbakat besar. Dia mencipta lagunya sendiri. Mempunyai album Jepun dan baru sahaja mengadakan konsert solo pada akhir tahun lepas. Baru-baru ini dia dimasukkan ke hospital kerana masalah kesihatan dan koma. Tetapi dia tetap tabah dan baru sahaja dibenarkan keluar.

Baca baki entri ini »

Advertisements

Written by Langit Biru

Januari 20, 2010 at 9:11 am

Carta K-Pop untuk minggu kedua 2010

leave a comment »

Bulan ni sahaja ada beberapa penyanyi kegemaran saya akan mengeluarkan album mereka terbaru. Tak sabarnya nak dengar lagu terbaru mereka. Nak beli album tak mampu lagi.

Minggu ini saya berkongsikan video muzik pula. Mana satu video pilihan anda.

null

Ini Eun Ji Won, seorang penyanyi hip hop di Korea. Sepuluh tahun dahulu dia merupakan ketua kumpulan untuk kumpulan idola yang terkenal. Dia mempunyai syarikat sendiri, artis dan sebagainya. Tapi dia lebih dikenali kerana menyertai rancangan 1 Night 2 Days. Dia baru sahaja mengeluarkan album mini terbaru.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Januari 14, 2010 at 10:06 pm

Younha : Tragedi malam tahun baru

leave a comment »

KASIHAN sungguh penyanyi kelahiran Korea Selatan, Younha, 21, kerana terpaksa memulakan tahun baru 2010 dengan emosi penuh kedukaan.

Beberapa hari lalu dia dengan penuh gembira membuat persembahan bertenaga di hadapan peminatnya di Inkigayo, beberapa hari lalu, sebelum kemudiannya jatuh pengsan di belakang pentas.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Januari 14, 2010 at 12:22 pm

Dikirim dalam Berita

Tagged with ,

Carta K-Pop untuk minggu pertama 2010

leave a comment »

Hari baru, tahun baru dan kedudukan carta yang baru.


Ini kumpulan T-Ara. Sudah beberapa kali saya berkongsikan gambar mereka dan imej mereka akan berubah setiap kali. Imej mereka agak sopan berbanding sesetengah kumpulan yang lain. Lagu mereka yang comel menarik perhatian.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Januari 8, 2010 at 3:05 pm

[Twitter] Music Bank terkini Disember 2009

leave a comment »

Beberapa hari yang lalu, staf di Music Bank berkongsi gambar artis yang membuat persembahan di sana. Lambat betul lah mereka kemaskini. Tapi baik ada dari tiada kan.

f(x) 입니다! It's f(x)!

Ini kumpulan f(x). Gambar ini dari episod Music Bank pada 18 Disember. Mereka menyanyikan lagu Chu~♡. Untuk artis yang lain sila teruskan.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Januari 4, 2010 at 9:28 pm

Dikirim dalam Gambar, Persembahan TV, Video

Tagged with , , ,

Juara Lagu K-Pop 2009

leave a comment »

Ini ialah senarai lagu Korea yang popular pada tahun 2009. Memang popular dan semua orang di Korea mengetahui tentang lagu-lagu ini.

Lagu-lagu ini menjuarai carta jualan dan undian. Juga popular di carta digital dan juga membuat persembahan. Kalau di Korea, kedudukan carta mereka merangkumi jumlah jualan CD, persembahan di TV dan juga jualan secara digital dan juga undian peminat samada SMS atau internet.

Mari kita lihat senarai lagu tersebut serta persembahan yang telah dilakukan pada malam tahun baru. Persembahan mereka memang istimewa. Untuk juara lagu ini ialah Kim Tae Woo. Saya tak pilih kasih tapi nak buat macam mana kan.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Januari 3, 2010 at 3:37 pm

Carta K-Pop untuk minggu ketiga Disember 2009

leave a comment »

Hari ini cuti lagi dan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada mereka yang meraikannya. Mulai minggu ini, saya akan buat carta seringkas yang mungkin.


Ini kumpulan U-Kiss. Meningkat popular sejak kemunculan album mini terbaru mereka.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Disember 25, 2009 at 9:55 am