Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Posts Tagged ‘K.Will

Carta K-Pop untuk Mac minggu keempat 2010

leave a comment »

Minggu ini mari kita lihat persembahan penyanyi. Setiap minggu mereka akan membuat persembahan secara langsung. Nyanyi pun LIVE walaupun ada yang lari atau semput sikit. Tak kurang juga dengan hiasan pentas yang menarik. Semua kos ditanggung oleh pihak syarikat dan bukannya stesen penyiaran.

Sebab itulah persembahan pada setiap minggu sentiasa dinantikan kerana hiasan pentas, pakaian yang akan menjadi perhatian penonton.

Inilah ialah Outsider, penyanyi rap hip hop terpantas sekali di Korea. Mungkin di dunia juga. Saya suka imej dia yang baru ini nampak lebih muda. Dah le comel, kelakar pula tu. Tapi dia penuh berwawasan. Lagu baru dia memang tidak menghampakan. Dari pemuzik underground, dia ke arus perdana dengan sokongan peminat.

Baca baki entri ini »

Advertisements

Written by Langit Biru

Mac 31, 2010 at 3:23 pm

[06.01.2010] Kim Bum Soo Dream Radio

leave a comment »

Sekali lagi tetamu yang biasa pada setiap minggu iaitu Lyn dan tak lupa juga K.will. Saya pernah melihat duet di antara Kim Bum Soo dan K.will tapi K.will bersama Lyn belum lagi kot. Mereka bertiga berbakat besar, dengan suara yang mantap.

Nampak gelap pula dalam studio. Ni mesti tak pakai flash.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Mac 27, 2010 at 9:27 am

Dikirim dalam Gambar

Tagged with , ,

Konsert ‘The Three Romantists’ di U.S

leave a comment »

Terkejut saya bila mendapat tahu yang Kim Bum Soo akan mengadakan konsert di Amerika Syarikat. Ini bukan konsert solo tetapi turut disertai oleh K.will dan Yoo Seung Chan. Tapi saya tak berapa mengetahui tentang Yoo Seung Chan ini.

Ketiga-tiga penyanyi ini mempunyai vokal yang berbeza yang akan mewarnai pentas pada bulan Mac kelak. Konsert ini yang akan memperlihatkan lagu balada yang sesuai dan biasa didengar oleh para peminat. Mereka mempunyai persamaan tetapi setiap dari mereka mempunyai gaya dan tarikan tersendiri. Mereka juga telah terlibat dalam banyak rakaman lagu untuk drama dan filem terkenal di Korea.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Januari 30, 2010 at 3:19 pm

Dikirim dalam Berita

Tagged with , ,

Kim Tae Woo di SBS Gayo Daejun

leave a comment »

Pada setiap hujung tahun, stesen TV utama di Korea akan mengadakan rancangan hiburan istimewa di mana selama tiga hari para penyanyi akan membuat persembahan di stesen tv tersebut. Saya memang kagum dan hormat kepada semua artis yang mengambil bahagian. Bayangkan jika seorang penyanyi terlibat untuk membuat persembahan di ketiga-tiga stesen TV tersebut. Mesti perlukan persiapan dan latihan yang secukupnya.

Ini ialah gambar di sebalik SBS Gayo Daejun yang berlangsung pada 29 Disember 2009. Stesen TV SBS kali ini mempunyai rancangan yang menarik sekali.

Rasanya ini sewaktu latihan sebab TaeWoo seorang je yang berpakaian penuh. Artis yang lain masih lagi dalam pakaian biasa. Sebelah Tae Woo tu Chang Min (2AM). Comelnya dia. Tapi yang sebelah kanan tu macam TaecYeon dari 2PM.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Januari 24, 2010 at 9:26 am

Dikirim dalam Gambar, Persembahan TV, Video

Tagged with , , , ,

[09.11.10] Kim Bum Soo Dream Radio

leave a comment »

Artis jemputan untuk hari tersebut ialah Lyn dan K.will. Seperti Kim Bum Soo, mereka berdua juga mempunyai vokal yang bagus. Mereka menyanyi lagu balada dengan baik sekali.

Dari kiri ialah Lyn, Kim Bum Soo dan K.will. Barulah Lyn nak menunjuk muka dia tu.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Januari 7, 2010 at 3:14 pm

Dikirim dalam Gambar

Tagged with , ,

Carta K-Pop untuk minggu ketiga Disember 2009

leave a comment »

Hari ini cuti lagi dan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada mereka yang meraikannya. Mulai minggu ini, saya akan buat carta seringkas yang mungkin.


Ini kumpulan U-Kiss. Meningkat popular sejak kemunculan album mini terbaru mereka.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Disember 25, 2009 at 9:55 am

Carta K-Pop untuk minggu kedua Disember 2009

leave a comment »

Saya dah siapkan ni awal lagi tapi tak perasan ia masih dalam draf. Tapi takpe mari kita lihat kedudukan carta pada minggu ini. Terdapat satu anugerah muzik pada minggu lepas. Dan akhir bulan ini pula akan terdapat tiga festival muzik oleh setiap stesen TV di Korea.


Ini kumpulan f(x) dari SM Entertainment. Mereka popular sekarang tapi bukan sebab bakat nyanyian tapi sebab personaliti mereka. Tapi saya tak mengikuti perkembangan mereka sangat. Mereka ni kumpulan wanita baru yang berumur lebih kurang 14-18. Muda tak muda juga lah. Mereka juga mempunyai ahli dari Amerika Syarikat, China dan Korea sendiri.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Disember 20, 2009 at 9:03 am