Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Posts Tagged ‘Letto

Kedudukan Faizal Tahir di carta minggu pertama Ogos 2009

leave a comment »

Sibuk ialah alasan lain untuk malas. Tapi kita usahakan juga untuk kemaskini carta radio dan televisyen di Malaysia.

Baik carta di radio ataupun television sekarang sudah sama sahaja. Baik dari segi format undian, rancangan dan lain-lain. Kalau nak ikutkan lambat kemaskini pun tak payah cakap lah.

Masa siaran yang hampir sama apa lagi ya. Sebenarnya ada je benda yang nak dikomen tapi takpelah kemudian.

Baca baki entri ini »

Advertisements

Kedudukan Faizal Tahir di carta minggu kedua Julai

leave a comment »

Minggu ni lambat sikit nak kemaskini. Sibuk sikit.Minggu lepas banyak lagu baru memasuki carta. Tapi kalau peminat macam saya terus mengundi lagu tersebut masih kekal di carta. Bukan susah nak mengundi pun, sekali sehari pun dah cukup. Kalau semua peminat buat macam tu lagi elok dari undi di saat akhir dengan kuantiti yang banyak.

Setiap kali ada lagu baru keluar, saya akan mencari video muzik untuk dilihat, tetapi tiada video muzik untuk lagu baru. Kenapa ya? Mungkin saya sudah biasa dengan muzik Korea di mana mereka akan mengeluarkan video muzik serentak dengan lagu baru.

Saya suka lagu ini.

Baca baki entri ini »

Kedudukan Faizal Tahir di carta minggu pertama Julai

leave a comment »

Minggu pertama untuk bulan Julai 2009 dan banyak perubahan di carta berlaku. Tak sangka yang lagu Faizal Tahir ni lagu tangkap muat je. Tapi mungkin sebab pilih kasih punya pasal pun takpe lah. Kalau lagu macam ni tangkap muat, macam mana pula kalau lagu yang di buat dengan teliti. Mesti lagi hebat kan.

Bilalah Faizal nak jadi artis undangan di Hot FM. Banyak acara dalam bulan Julai ini yang memerlukan undian, boleh nampak yang kedudukan lagu Bencinta turun naik dan kekal.

Baca baki entri ini »

Kedudukan Faizal Tahir di carta minggu keempat Jun

leave a comment »

Sekarang kita berada di minggu terakhir bulan Jun. Separuh tahun 2009 telah berlalu. Tahniah diucapkan kepada Nikki dan Audi Mok yang melangsungkan perkahwinan pada minggu lepas. Tapi sayang Faizal Tahir tidak dapat hadir untuk majlis ini. Dia salah seorang pengapit untuk majlis ini.

Lagu Bencinta ciptaan bersama Audi Mok dan Faizal Tahir sementara Nikki pula memberi tajuk kepada lagu ini. Kombinasi yang bagus sekali.

Image Hosted by ImageShack.us

Mari kita lihat pula kedudukan Faizal Tahir di carta muzik radio dan juga TV. Kalau ada lagu Faizal yang masuk carta yang tapi tiada di sini sila beritahu. Saya hanya dengar stesen radio di Kuala Lumpur sahaja.
Baca baki entri ini »

Kedudukan Faizal Tahir di carta minggu ketiga Jun

with one comment

Minggu yang baru. Lagu Bencinta juga semakin kukuh di carta. Mari-lah saya dan anda terus mengundi untuk Faizal Tahir. Saya ada terbaca satu gosip di forum hiburan di mana seorang penyanyi lelaki yang berbakat dan lahir dari rancangan realiti tidak mendapat tempat di satu stesen radio. Adakah penyanyi itu Faizal Tahir.

Bencinta telah mula dimainkan di radio KL FM sejak minggu lepas. Kalau tak salah sayalah. Selepas itu saya mendengar lagu ini dimainkan di waktu pagi. Lagu Faizal yang pun ada juga macam Coba, Sampai Syurga dan Gemuruh.

Baca baki entri ini »

Kedudukan Faizal Tahir di carta minggu 1 Jun

leave a comment »

Hujung minggu lepas, banyak kenduri yang perlu dihadiri dan terlepas lah untuk mendengar carta lagu di radio. Tetapi nasib baik lah ada laman web yang telah pantas dikemaskini untuk saya mengetahui kedudukan Faizal Tahir pada minggu lepas.

Baca baki entri ini »

Kedudukan Faizal Tahir di carta minggu ke-5 Mei

leave a comment »

Setakat ini lagu ‘Bencinta’ telah berada di dua carta radio dan Muzik Muzik. Banyak lagu baru yang akan mengugat kedudukan Faizal Tahir. Tapi saya akan terus mengundi untuk Faizal Tahir. Sekali lagi carta telah cepat dikemaskini. Paling lewat ialah pada Selasa pagi untuk Carta Suria 30. Tapi di guamuzik.com.my carta bagi Hot FM masih belum dikemaskini.

Carta Hot FM tak sempat dengar pada hujung minggu yang lalu. Ulangan pun sama. Mana tak, banyak rancangan menarik nak ditonton pada malam itu. Faizal Tahir lagi.

Baca baki entri ini »