Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Posts Tagged ‘Outsider

Carta K-Pop untuk Mac minggu keempat 2010

leave a comment »

Minggu ini mari kita lihat persembahan penyanyi. Setiap minggu mereka akan membuat persembahan secara langsung. Nyanyi pun LIVE walaupun ada yang lari atau semput sikit. Tak kurang juga dengan hiasan pentas yang menarik. Semua kos ditanggung oleh pihak syarikat dan bukannya stesen penyiaran.

Sebab itulah persembahan pada setiap minggu sentiasa dinantikan kerana hiasan pentas, pakaian yang akan menjadi perhatian penonton.

Inilah ialah Outsider, penyanyi rap hip hop terpantas sekali di Korea. Mungkin di dunia juga. Saya suka imej dia yang baru ini nampak lebih muda. Dah le comel, kelakar pula tu. Tapi dia penuh berwawasan. Lagu baru dia memang tidak menghampakan. Dari pemuzik underground, dia ke arus perdana dengan sokongan peminat.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Mac 31, 2010 at 3:23 pm

Carta K-Pop untuk Mac minggu ketiga 2010

leave a comment »

Saya masih lagi teruja dengan konsert Super Junior yang lalu. Tapi takpe carta masih tetapi ada. Kalau ada video yang tidak boleh dilihat tu, sila tinggalkan komen yek.

Minggu ini kita akan melihat video klip pula. Nak dibandingkan dengan video klip artis Barat saya gemar lagi video klip artis Korea. Mungkin sebab jalan cerita atau konsep yang lagi mesra berbanding barat.

Ini ialah kumpulan vokal 4Men. Mereka merupakan generasi ketiga kumpulan ini. Tetapi jelas kemampuan vokal masih lagi menjadi teras utama. Mereka baru sahaja menamatkan konsert sulung mereka baru-baru ini. Saya suka nyanyian mereka.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Mac 25, 2010 at 3:27 pm

Juara Lagu K-Pop 2009

leave a comment »

Ini ialah senarai lagu Korea yang popular pada tahun 2009. Memang popular dan semua orang di Korea mengetahui tentang lagu-lagu ini.

Lagu-lagu ini menjuarai carta jualan dan undian. Juga popular di carta digital dan juga membuat persembahan. Kalau di Korea, kedudukan carta mereka merangkumi jumlah jualan CD, persembahan di TV dan juga jualan secara digital dan juga undian peminat samada SMS atau internet.

Mari kita lihat senarai lagu tersebut serta persembahan yang telah dilakukan pada malam tahun baru. Persembahan mereka memang istimewa. Untuk juara lagu ini ialah Kim Tae Woo. Saya tak pilih kasih tapi nak buat macam mana kan.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Januari 3, 2010 at 3:37 pm

MNET Asian Music Awards di Channel [V]

leave a comment »

Semalam saya nampak satu video teaser di Channel [V], perasan juga beberapa nama artis Korea. Rupanya terdapat satu anugerah muzik Korea akan disiarkan di siaran itu. Tapi yang buat saya terkejut ialah ia akan disiarkan secara langsung. Diulangi secara langsung dari Korea.

Image Hosted by ImageShack.us

Anugerah ini ialah MNET Asian Music Award 2009 atau pendeknya MAMA (dah habis kreatif la orang Korea ni). Ini merupakan kali pertama majlis anugerah muzik Korea secara langsung di Channel [V]. Majlis ini dianjurkan oleh saluran kabel Korea M.net yang fokus kepada dunia hiburan Korea.

Apa yang menarik ialah acara ini akan disiarkan serentak melalui Channel [V] di negara Asia yang lain termasuk Malaysia.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

November 21, 2009 at 9:02 am

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with , , , ,

Carta K-Pop untuk minggu ketiga Ogos 2009

leave a comment »

Minggu ini saingan hebat sekali antara kumpulan wanita. Tetapi, kumpulan 2NE1 tetap unggul menjuarai untuk minggu yang ketiga. Banyak saingan daripada kumpulan wanita yang memberi persembahan berbeza tetapi tetap menarik. Tetapi untuk penyanyi lelaki juga tidak kurang hebatnya.

Musim panas di Korea menyebabkan banyak konsert dan acara dilakukan. Oleh itu para penyanyi berusaha untuk menghiburkan para peminat.

Image Hosted by ImageShack.us

Minggu ini saya akan memperkenalkan kumpulan Brown Eyed Girls. Kumpulan ini terkenal kerana vokal dan rapping mereka. Untuk album mereka terbaru mereka kembali dengan imej yang lebih matang dan seksi. Lihat sahaja dalam video muzik mereka.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Ogos 18, 2009 at 10:21 pm

Carta K-Pop untuk minggu kedua Ogos 2009

leave a comment »

Minggu ini carta lagu banyak lagu baru yang menjadi kegemaran saya. Jika dilihat banyak persembahan yang menarik juga. Kali ini mari kita lihat persembahan mereka pada minggu-minggu yang lepas.

Korea mempunyai beberapa saluran TV yang mempunyai rancangan muzik pada setiap minggu. Oleh sebab itu, para penyanyi cuba menonjolkan kelainan pada setiap persembahan. Bayangkan jika mereka mempunyai tiga persembahan pada hujung minggu, mereka harus menukar baju dan sebagainya.

Kumpulan yang popular buat masa ini ialah FT Island. Mereka bermain alat muzik dan memang berbakat. Walaupun kumpulan ini dibentuk oleh syarikat rakaman tetapi mereka mendapat tempat di hati peminat. Untuk album terbaru mereka tampil dengan imej retro.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Ogos 12, 2009 at 10:22 pm

Carta K-Pop untuk minggu pertama Ogos 2009

leave a comment »

Minggu baru dan kini bulan yang baru. Selamat menyambut Ogos. Mari kita melihat video muzik pada kali ini. Di Korea, video muzik akan disiarkan awal berbanding dengan jualan album atau digital single. Ini adalah untuk menarik perhatian peminat dan pendengar.

Kadang kala, sedutan video akan disiarkan sebelum video muzik disiarkan. Pelbagai cara dilakukan untuk menarik perhatian seperti tarikh dan siaran video muzik akan diumumkan. Pernah berlaku di mana laman web yang akan menyiarkan video muzik penyanyi ini mengalami kesesakan server kerana ramai yang ingin menonton.

Image Hosted by ImageShack.us
Kumpulan 2NE1 terdiri daripada 4 orang gadis berumur dari 15 hingga 25 tahun dari YG Entertainment. Mereka telah menjalani latihan selama beberapa tahun sebelum dapat menjadi artis. Kalau kita anggap latihan atau kelas yang dijalani oleh pelajar Akademi Fantasia itu susah, menjadi pelatih dalam industri hiburan Korea 100 kali ganda sengsara. Mereka baru sahaja mengeluarkan mini album pertama pada beberapa bulan yang lalu dan sekarang mendapat tempat di hati peminat.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Ogos 3, 2009 at 9:06 am