Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Posts Tagged ‘Park Jin Young

[11.12.2009] Kim Bum Soo Dream Radio

leave a comment »

Istimewa hari Jumaat bersama dengan Park Jin Young a.k.a Encik JYP. Seorang penyanyi dan produser yang berbakat dan terkenal di Korea. Rain, god, Wonder Girls, 2PM dan 2AM adalah antara anak didik dia yang berjaya.

Banyak perkara yang dibualkan oleh Kim Bum Soo dan Park Jin Young. Ini menjadi bahan berita di Korea dan saya jumpa terjemahan. JYP berkata yang dia dan kumpulan Wonder Girls tidak lagi begitu mesra. Ini kerana kumpulan Wonder Girls sedang melalui proses pembesaran (?). JYP menganggap Wonder Girls seperti anaknya sendiri dan seperti mana anak-anak yang sedang melalui fasa remaja. Mereka tidak mahu kelihatan bersama dengan ibu bapa sendiri. Kelakar betul JYP ni.

JYP juga berkata yang dia suka dan senang bekerja dengan orang yang disukai berbanding dengan mereka yang pandai menyanyi dan antara mereka itu ialah kumpulan god, Wonder Girls, 2AM dan 2PM.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Februari 27, 2010 at 9:33 am

Dikirim dalam Gambar

Tagged with ,

Carta K-Pop untuk minggu kedua 2010

leave a comment »

Bulan ni sahaja ada beberapa penyanyi kegemaran saya akan mengeluarkan album mereka terbaru. Tak sabarnya nak dengar lagu terbaru mereka. Nak beli album tak mampu lagi.

Minggu ini saya berkongsikan video muzik pula. Mana satu video pilihan anda.

null

Ini Eun Ji Won, seorang penyanyi hip hop di Korea. Sepuluh tahun dahulu dia merupakan ketua kumpulan untuk kumpulan idola yang terkenal. Dia mempunyai syarikat sendiri, artis dan sebagainya. Tapi dia lebih dikenali kerana menyertai rancangan 1 Night 2 Days. Dia baru sahaja mengeluarkan album mini terbaru.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Januari 14, 2010 at 10:06 pm

Carta K-Pop untuk minggu pertama 2010

leave a comment »

Hari baru, tahun baru dan kedudukan carta yang baru.


Ini kumpulan T-Ara. Sudah beberapa kali saya berkongsikan gambar mereka dan imej mereka akan berubah setiap kali. Imej mereka agak sopan berbanding sesetengah kumpulan yang lain. Lagu mereka yang comel menarik perhatian.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Januari 8, 2010 at 3:05 pm

Keluarga JYP bersatu kembali

leave a comment »

Agak lama juga tidak lihat mereka ini bersama-sama. Tapi kali ini mereka berkumpul kembali untuk meraikan konsert salah seorang dari ahli keluarga mereka.

Mereka yang dimaksudkan ialah Park Jin Young, Son Ho Young, Kim Tae Woo dan Rain. Son Ho Young dan Kim Tae Woo ialah dari kumpulan terkenal god dan Rain penyanyi solo merupakan anak didik Park Jin Young.

Mereka dilihat berada di kelab Le Nuit Blanche pada 12.30 pagi 11 Oktober yang lalu. Ini adalah selepas tamat konsert Rain iaitu ‘Legend of Rainism – 2009′ di Seoul pada 10 Oktober yang lalu.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Disember 21, 2009 at 9:09 am

Dikirim dalam Gambar

Tagged with , , ,

Kim Tae Woo jika bukan penyanyi

leave a comment »

Baru-baru ni saya beritahu yang Kim Tae Woo ni baik hati, penyayang dan yang sewaktu dengannya. Tapi dia ni degil sikit ye lah, anak lelaki tunggal kesayangan lah katakan.

Dalam satu rancanga bual bicara “Happy Day” MBC, Kim Tae Woo telah ditemuramah bersama dengan ibubapanya serta dua orang kakaknya. Kim Tae Woo anak bongsu dari tiga beradik.

Image Hosted by ImageShack.us

Tapi dalam gambar di atas tak tunjuk pula, dua kakaknya itu. Tapi kalau tengok, Kim Tae Woo lagi besar berbanding kedua ibubapanya. Dalam episod ini, mereka bercerita bagaimana Kim Tae Woo boleh terlibat dalam industri seni. Ini memandangkan Kim Tae Woo ialah seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajaran, ketua pelajar di sekolah dan mempunyai bakat kepimpinan yang menyerlah di kalangan rakan sebaya.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

November 27, 2009 at 9:04 pm

Dikirim dalam Artikel

Tagged with ,

Wonder Girls di Carta Billboard 100

with one comment

Siapa sangka lagu Wonder Girls kini berada di Carta Billboard setelah hanya tujuh bulan berada di Amerika Syarikat. Saya salah seorang peminat mereka rasa amat bangga dengan pencapaian mereka.

Kumpulan pop Korea Selatan yang popular, Wonder Girls mencetus fenomena baru apabila semakin aktif memperluaskan pengaruh mereka di Amerika Syarikat (AS) menerusi lagu Nobody.

Malah Wonder Girls melakar sejarah buat penyanyi korea dengan menjadi artis Korea pertama tersenarai dalam Top 100 carta Billboard.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Oktober 30, 2009 at 9:09 am

JYP membandingkan god dan H.O.T

leave a comment »

Dalam rancangan KBS Star Golden Bell pada 19 September yang lalu, Kim Tae Woo menjadi tetamu undangan. Dia menceritakan yang JYP/Park Jin Young yang juga produser untuk semua album god. Dia selalu membandingkan Kim Tae Woo dengan penyanyi lain. Terutama dengan ahli dari kumpulan H.O.T memandangkan kedua kumpulan ini popular pada masa yang sama dan ini menjadikan mereka “musuh.”

KangTa ialah penyanyi utama untuk kumpulan H.O.T

JYP akan menanyakan pada TaeWoo, “Apa yang membuatkan kamu lagi bagus dari KangTa (H.O.T)?

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

September 29, 2009 at 9:00 pm

Dikirim dalam Uncategorized

Tagged with , , , ,