Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Posts Tagged ‘Pesawat

Lima lagu pertama ke separuh akhir Muzik-Muzik

leave a comment »

Hari Jumaat lepas berlangsung sesi pertama separuh akhir Muzik-Muzik untuk Anugerah Juara Lagu. Saya hanya menonton di TV dan tak tengok sangat. Set pentas nampak menarik. Saya pasti yang ia akan digunakan untuk lagi dua episod seterusnya. Langkah-langkah kitar semula dan menjimatkan belanjawan.

Image Hosted by ImageShack.us

Ada persembahan yang menarik dan juga biasa je. Biase je bermaksud di sini, sebab dah selalu sangat membuat persembahan, ada yang menganggap tidak perlu memberi perhatian lebih kepada pertandingan ini.

Baca baki entri ini »

Advertisements

Written by Langit Biru

November 11, 2009 at 9:04 am

Pencalonan Separuh Akhir Muzik Muzik 24

leave a comment »

by Li Ee Kee | 22 Oct 2009 (gua.com.my)

Muzik-Muzik edisi ke-24 ini menampilkan format baru dimana pencalonan lagu tidak fokus kepada tiga kategori utama iaitu Etnik Kreatif, Balada dan Pop Rock. Pendek kata, Muzik-Muzik kali ini tidak mempertandingkan sebarang kategori.

Image Hosted by ImageShack.us

Tujuannya untuk memberi peluang kepada pengiat-pengiat seni muzik untuk bebas berkarya dan hasil ciptaan mereka tidak terbatas kepada tiga kategori ini saja.

Lagu-lagu yang layak dipertandingkan di Muzik-Muzik Separuh Akhir dipilih melalui markah tertinggi yang diperolehi melalui undian yang dibuat setiap minggu dan berdasarkan tempoh kedudukan lagu tersebut di dalam carta mingguan Muzik-Muzik.

Mereka adalah:

Baca baki entri ini »

Langit Biru di Shout! Awards 2009

leave a comment »

Pada hari Jumaat yang lepas bersamaan dengan 17 Julai 2009 saya telah pergi ke Stadium Putra Bukit Jalil untuk menyaksikan anugerah yang julung kali diadakan iaitu Shout! Awards 2009.

Image Hosted by ImageShack.us

Terima kasih kepada The Star untuk dua tiket ini. Saya dan seorang rakan menaiki LRT ke Bukit Jalil. Stesen Masjid Jamek sesak pada pukul 5.30 petang. Mungkin sebab waktu itu ramai sudah pulang. Saya pun beli lah tiket pergi dan balik untuk menyenangkan hidup.

Tiba di Bukit Jalil, saya terasa kemeriahannya ingatkan untuk Shout! Awards. Rupa-rupanya Manchester United akan memgadakan perlawanan pada esok hari dan pada hari Jumaat mereka mengadakan sesi latihan yang dihadiri oleh 40 000 penonton. Kami pun menuju ke Stadium Putra. Pintu belum dibuka lagi tapi telah ada lah yang telah menunggu. Ada satu khemah Hotlink, pengacara cuba untuk memeriahkan suasana tapi mana dapat lawan sorakan dari stadium yang satu lagi tu. Waktu itu saya macam nak pergi ke sana sahaja bila mendengar sorakan Owen…

Memandangkan majlis dah lama berlalu dan pemenang pun dah diketahui. Sekarang ni sesi mengomel pula. Ini apa yang tak nampak di kaca TV.

Baca baki entri ini »

Persembahan menarik di Shout! Awards

leave a comment »

Seminggu lagi, Shout! Awards akan tiba dan senarai artis yang akan membuat persembahan telah ada. Sayang, Faizal Tahir tiada kerana dia akan berada di Indonesia untuk menghadiri acara yang lain pada waktu itu.

Image Hosted by ImageShack.us

Mereka yang akan membuat persembahan ialah Pop Shuvit, One Buck Short, Jin Hackman, Reza Salleh, Komplot, Caprice, Estranged, Shila OIAM, Bunkface, Mia Palencia, Pesawat, Paolo Delfino, Nikki, Joe Flizzow dan Rahim Maarof. Tak lupa juga Sean Kingston.

Baca baki entri ini »

Kedudukan Faizal Tahir di carta minggu keempat Jun

leave a comment »

Sekarang kita berada di minggu terakhir bulan Jun. Separuh tahun 2009 telah berlalu. Tahniah diucapkan kepada Nikki dan Audi Mok yang melangsungkan perkahwinan pada minggu lepas. Tapi sayang Faizal Tahir tidak dapat hadir untuk majlis ini. Dia salah seorang pengapit untuk majlis ini.

Lagu Bencinta ciptaan bersama Audi Mok dan Faizal Tahir sementara Nikki pula memberi tajuk kepada lagu ini. Kombinasi yang bagus sekali.

Image Hosted by ImageShack.us

Mari kita lihat pula kedudukan Faizal Tahir di carta muzik radio dan juga TV. Kalau ada lagu Faizal yang masuk carta yang tapi tiada di sini sila beritahu. Saya hanya dengar stesen radio di Kuala Lumpur sahaja.
Baca baki entri ini »