Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Posts Tagged ‘See Ya

Carta K-Pop untuk Februari minggu ketiga 2010

leave a comment »

Minggu ini ada beberapa lagu baru memasuki carta. Kali ni mari kita lihat video muzik Korea. Kalau ada video yang tidak dapat dilihat sila tinggalkan komen. Nanti saya akan gantikan dengan yang lain.

Penyanyi di atas ialah Kim Jong Kook. Penyanyi pop balada yang terkenal. Baru sahaja mengeluarkan album terbaru. Dia tinggi, segak, tampan dan lain-lain. Suaranya seperti nyamuk. Kalau ikutkan terjemah Inggeris ialah mosquito voice, tak padan dengan susuk tubuhnya. Tapi dia mempunyai banyak lagu popular dan sedap.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Februari 24, 2010 at 9:00 pm

Carta K-Pop untuk Februari minggu kedua 2010

leave a comment »

Minggu ini tidak kedudukan carta tidak banyak berubah tetapi terdapat beberapa lagu baru yang memasuki carta.

Kita akan lihat persembahan pula pada kali ini. Para penyanyi sekurang-kurangnya akan muncuk sekali di program muzik mingguan untuk membuat persembahan.

Inilah kumpulan balada 2AM. Mereka berempat yang terdiri daripada Seulong, Chang Min, Jo Kwon dan Jin Woon. Mereka ialah pelapis baru untuk penyanyi lelaki balada di Korea. Semuanya boleh menyanyi dengan baik. Mereka menjalani proses latihan dari 4 bulan hingga 8 tahun untuk menjadi penyanyi. Lagu terbaru mereka memang bagus dan menyerlahkan vokal mereka. Saya suka Chang Min.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Februari 17, 2010 at 9:12 pm

Carta K-Pop untuk Februari minggu pertama 2010

leave a comment »

Minggu ini tak banyak perubahan dalam carta tapi apa kata kita lihat video muzik dan mana satu pilihan anda.

Ini ialah band CN BLUE. Mereka terdiri daripada empat orang. Lagu ‘Loner’ tidak kurang menarik tapi saya tak dengar sangat. Mungkin belum masanya lagi. Mereka baru sahaja mengeluarkan album dan telah berada di carta lagu.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Februari 10, 2010 at 9:29 am

Carta K-Pop untuk minggu kelima 2010

leave a comment »

Dah masuk bulan Februari pun. Carta kali ini tidak banyak berubah tetapi mempunyai juara baru. Kali ini carta dikuasai oleh penyanyi perempuan samada solo atau berkumpulan.


Inilah Hyu Ah, penyanyi dari kumpulan 4minute. Dia mempunyai lagu solo yang baru. Dia juga salah seorang ahli dalam rancangan ‘Invincible Youth‘, nampak berbeza kan. Lagu solo dia rancak dan tarian yang menarik.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Februari 3, 2010 at 3:14 pm

Carta K-Pop untuk minggu keempat 2010

leave a comment »

Cepat masa berlalu. Ada lagu baru yang kini hangat. Saya suka.

Kumpulan After School kembali dengan single terbaru mereka. Kali ini mereka mempunyai dua ahli baru dan menjadikan mereka kepada tujuh orang. Lagu ‘Because of You’ ni mula-mula dengar macam tidak menarik tapi dah banyak kali dengar memang ok.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Januari 27, 2010 at 9:50 am

Carta K-Pop untuk minggu kedua Disember 2009

leave a comment »

Saya dah siapkan ni awal lagi tapi tak perasan ia masih dalam draf. Tapi takpe mari kita lihat kedudukan carta pada minggu ini. Terdapat satu anugerah muzik pada minggu lepas. Dan akhir bulan ini pula akan terdapat tiga festival muzik oleh setiap stesen TV di Korea.


Ini kumpulan f(x) dari SM Entertainment. Mereka popular sekarang tapi bukan sebab bakat nyanyian tapi sebab personaliti mereka. Tapi saya tak mengikuti perkembangan mereka sangat. Mereka ni kumpulan wanita baru yang berumur lebih kurang 14-18. Muda tak muda juga lah. Mereka juga mempunyai ahli dari Amerika Syarikat, China dan Korea sendiri.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Disember 20, 2009 at 9:03 am

Carta K-Pop untuk minggu pertama Disember 2009

leave a comment »

Sekarang kita sudah memasuki bulan Disember. Tahun ini penuh dengan berita hangat dan sebagainya. Kumpulan perempuan idola baru muncul dengan banyak. Tapi penyanyi lelaki kembali dengan bergaya. Termasuk lah penyanyi kegemaran saya.

Carta kali ini tidak banyak berubah. Kumpulan idola telah mula memasuki carta kembali. Kita juga mempunyai juara baru. Mari kita lihat kedudukan carta pada minggu ini.

Image Hosted by ImageShack.us

2PM ialah kumpulan kegemaran saya buat masa ini. Sukanya saya kat mereka ni. Lagu “Heartbeat” memang menarik baik dari video muzik, persembahan, tarian dan semuanya. Walaupun terdapat krisis yang melanda tetapis saya tetap menyokong mereka tidak kira apa jua. Buat apa nak boikot kan benda yang baik. Nasib baiklah mereka tidak menyertai program TV kecuali untuk persembahan sahaja. Bukan apa, sebab takut mereka terkena H1N1 yang melanda Korea sekarang.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Disember 8, 2009 at 9:03 am

Dikirim dalam Muzik

Tagged with , , , , , , , , , ,