Langit Biru

Semua orang sudah tahu

Posts Tagged ‘SS501

Danny Ahn dalam Dream Team Ep.4

leave a comment »

Gambar-gambar dari episod keempat Let’s Go Dream Team. Danny merupakan ahli tetap tetapi terdapat juga selebriti yang akan muncul untuk sekali sahaja dan sebagainya. Saya rasa elok ada ahli yang tetapi dari asyik berubah setiap minggu kerana nanti susah nak menang.

Antara ahli untuk minggu ini ialah Minho (SHINee), Kim Hyun Joong (SS501), RUN (penyanyi), Danny Ahn (G.O.D.), Hong Seo Bum (penyanyi) dan Lee Sang In (pelakon).

Baca baki entri ini »

Advertisements

Written by Langit Biru

Januari 5, 2010 at 3:35 pm

Carta K-Pop untuk minggu ketiga Disember 2009

leave a comment »

Hari ini cuti lagi dan Selamat Menyambut Hari Krismas kepada mereka yang meraikannya. Mulai minggu ini, saya akan buat carta seringkas yang mungkin.


Ini kumpulan U-Kiss. Meningkat popular sejak kemunculan album mini terbaru mereka.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Disember 25, 2009 at 9:55 am

Carta K-Pop untuk minggu kedua Disember 2009

leave a comment »

Saya dah siapkan ni awal lagi tapi tak perasan ia masih dalam draf. Tapi takpe mari kita lihat kedudukan carta pada minggu ini. Terdapat satu anugerah muzik pada minggu lepas. Dan akhir bulan ini pula akan terdapat tiga festival muzik oleh setiap stesen TV di Korea.


Ini kumpulan f(x) dari SM Entertainment. Mereka popular sekarang tapi bukan sebab bakat nyanyian tapi sebab personaliti mereka. Tapi saya tak mengikuti perkembangan mereka sangat. Mereka ni kumpulan wanita baru yang berumur lebih kurang 14-18. Muda tak muda juga lah. Mereka juga mempunyai ahli dari Amerika Syarikat, China dan Korea sendiri.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Disember 20, 2009 at 9:03 am

Carta K-Pop untuk minggu pertama Disember 2009

leave a comment »

Sekarang kita sudah memasuki bulan Disember. Tahun ini penuh dengan berita hangat dan sebagainya. Kumpulan perempuan idola baru muncul dengan banyak. Tapi penyanyi lelaki kembali dengan bergaya. Termasuk lah penyanyi kegemaran saya.

Carta kali ini tidak banyak berubah. Kumpulan idola telah mula memasuki carta kembali. Kita juga mempunyai juara baru. Mari kita lihat kedudukan carta pada minggu ini.

Image Hosted by ImageShack.us

2PM ialah kumpulan kegemaran saya buat masa ini. Sukanya saya kat mereka ni. Lagu “Heartbeat” memang menarik baik dari video muzik, persembahan, tarian dan semuanya. Walaupun terdapat krisis yang melanda tetapis saya tetap menyokong mereka tidak kira apa jua. Buat apa nak boikot kan benda yang baik. Nasib baiklah mereka tidak menyertai program TV kecuali untuk persembahan sahaja. Bukan apa, sebab takut mereka terkena H1N1 yang melanda Korea sekarang.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Disember 8, 2009 at 9:03 am

Dikirim dalam Muzik

Tagged with , , , , , , , , , ,

Carta K-Pop untuk minggu keempat November 2009

with 2 comments

Minggu terakhir November, tak sabar nak tunggu persembahan akhir tahun yang akan berlangsung di tiga stesen TV utama Korea iaitu KBS, SBS dan MBC. Tapi buat masa ini mari kita lihat persembahan penyanyi yang berada di carta minggu ini.

Bukan senang untuk para artis kekal lama di carta kerana hampir setiap minggu terdapat penyanyi yang akan keluar dengan lagu baru. Kedudukan di carta bukan atas pilihan pendengar tetapi juga atas kriteria yang lain seperti persembahan di TV, jumlah jualan album, muat turun sah dan lain-lain lagi. Kira kalau lagu mereka berada di carta kira memang lagu popular lah buat masa itu.


Ini ialah K.will. Dia baru je sembuh dari H1N1 dan menyebarkannya pula kepada Wheesung. Bukan lah nak kata dia jahat tapi Wheesung dan K.will baru sahaja kenal dan mereka menjadi rapat. K.will ialah seorang penyanyi yang mempunyai vokal yang bagus. Dia juga boleh menyanyi rap tapi kena berlatih dulu.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

Disember 1, 2009 at 9:05 pm

Carta K-Pop untuk minggu ketiga November 2009

leave a comment »

Akhir tahun semakin menjelang dan tak sabar rasanya untuk melihat festival muzik yang akan berlangsung pada hujung tahun ini. Tiga stesen TV utama di Korea akan menyiarkan rancangan khas di mana para penyanyi akan membuat persembahan.

Kali ini carta mempunyai penyanyi solo perempuan yang baru. Lihat sajalah di bawah.

Image Hosted by ImageShack.us

SS501 kumpulan idola yang saya minati. Saya suka lagu mereka yang baru ini. Cuma imej mereka kali ini lain sikit. Mereka mempunyai bakat dalam menyanyi, menari serta berlakon. Kira mempunyai pakej yang lengkap lah. Serta mempunyai peminat yang ramai termasuk saya.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

November 24, 2009 at 6:04 pm

Carta K-Pop untuk minggu kedua November 2009

leave a comment »

Minggu kedua bulan November. Sekarang musim luruh di Korea dan ramai artis akan mengeluarkan album baru dalam masa terdekat ini. Sekarang memang saingan hebat di antara penyanyi solo lelaki di Korea.

Ini kumpulan SHINee yang sekarang popular dengan lagu Ring Ding Dong. Lagu ini banyak lirik berulang. Kumpulan ini muda belia lagi dan mempunyai beberapa lagu popular dan juga telah mendapat tempat pertama dalam carta.

Baca baki entri ini »

Written by Langit Biru

November 18, 2009 at 9:06 am